Thursday, June 23, 2011

Giler! (ditujukan untuk saya tanpa niat menyinggung perasaan org lain) Sekian.

Tafsirkan maksud Gila untuk saya. Kerana bagi saya yang kepala Gila-Gila, benda yang hebat pon saya kata gila. "Gila ar... keta boss nih " " gila ah hubby aku nih bwk keta dr umah smpai PTP 5 minit jek" ha..gitu cth ayatnya.menunjukkan gila itu tidak saya gunakan untuk sifat yg tidak waras..tapi untuk sesuatu yang hebat. Gila x? Itu belum lagi masuk bab "Gila Kentang la ko ni.." or " ko memang giler!" (masih lagi dalam skop hebat)

Bila kategori marah,masih jugak gila jdk reference tp dlm makna yang tersirat "Ko meroyan aper?" walaupon gila ni biasanya menyerang ibu2 baru lepas bersalin..masih lagi saya guna pakaikan untuk mereka yang tiba menunjukkan sifat ketidakwarasan pada masa yg x sepatutnya.

Apahal la pulak hari ni saya bley nk 'Meroyan" dlm blog citer pasal gila x tentu hala nih?
sebab  itu memang sifat manusia.Manusia boleh mentafsir apa saja mengikut hati perasaan,mental fizikal.apa saja yang boleh ditafsir tanpa ragu-ragu.

Adakala orang tersalah anggap gurauan sebagai satu perkara yg serius--->terus nk marah gila babi
Adakala orang suka cakap macam dia good2 jek walhal xdelah good sangat ---> terus bley jdk malu gila
Adakala orang salah anggap kita ni mcam xsuka dia,walhal kita biasa2 jek dengan dunia kita --->terus jdk sombong gila
Adakala orang berterus terang dengan kita kerana niat yg baik,tp disalah tafsir nk mendengki--->giler apa?

So,adakah penilaian kita pada seseorang itu boleh diukur ikut takat apa sijil yg ada pada kita?  atau diukur mengikut mentaliti kita? atau mengikut perasaan? atau mengikut telunjuk orang lain?

Fikir2kan sebelum kita nak menilai seseorang.Fikirkan kita pun bukan perfect sangat nak hadap semua dan2 macam kita ni yang paling top and paling the va boom best la sangat. fikir2kan sebelum berkata2 kerna orang lain lebih tahu siapa kita. orang lain itu cermin pada diri kita. bila kita berkata sesuatu yang  bukan diri kita. cermin akan retak..cermin akan berbunyi.." Wei,ko ni sengal la!" Yang penting,jangan la nak berbual sangat kalau hakikatnya diri tu very the sawit!!!!!


 BilaMamaMulaBicara:Yeay! saya berjaya menggila dan meroyan di blog saya sendiri.Apa adahal! (sambil nyanyi lagu Lenka: Trouble is a Friend)

No comments:

Post a Comment