Tuesday, June 28, 2011

Ilhan Oh Ilhan...

Tgh syok tengaok citer  Law & Order Special Victim Unit (SVU),tiba-tiba say nampak dari ekor mata saya Ilhan sedang buat sesuatu di belakang kerusi malas yang saya duduk. Saja nk tengok kelaku dia,saya mengendap.Saya nampak dia bentang sejadah abah,angkat takbir,ruku',sujud,duduk antara dua sujud.berdiri,sujud,toleh kiri kanan,angkat tgn doa (tapi semua ni dia buat ikut style dia la).Pastu dia amik balik sejadah,lipat dua letak tepi.(huh! xder plak tipon canggih,lau tak dah saya rakam gelagat dia)Tanpa saya sedar,dia dh nampak sy mengendap dia.

Ilhan: Mama.
Saya: Yup..(sambil renung muka dia)
Ilhan: Iyan dh pandai mayang...
Saya: ye ker? pandai anak mama..nanti semayang sama2 mama papa kt umah eh?
Ilhan: Iyan nk smayang ngan papa mama atuk,nanti mama ajar iyan eh? nanti mama ckp iyan smayang btul2..
Saya:.................................(air mata dah bertakung)

Saya sedar,betapa kecilnya diri saya ni.Saya panggil Ilhan dan usap kepala dia.Semoga dia jadi anak yang Soleh dan cerdik.

Itu kisah semalam. Pagi nih...start mengamuk balik.apa yang dia nk pun saya xtau.marah benar sampai xmau naik kereta.Dah ler saya lambat.lagi mau buat pe'el.Habis saya dicubit dipukulnya.Aduh! Ilhan..Ilhan...sifat mu memang mencabar keimanan Mama!.Sabar jelah...

Soal Jodoh

Semalam saya tidur rumah abah.Rutin kalau Hubby kejer malam saya and Ilhan akan tido umah abah. Waktu di dapur tengah ambilkan air untuk Ilhan, Abah bagitau saya sesuatu yang saya rasa itulah keputusan muktamadnya.Suara Abah jelas masuk dalam telinga saya tatkala itu. "Semalam Abah dengan Mak Uteh pergi umah Pak Nin Anak Wak Sahlan.Abah Minang anak dia untuk Lut ,dia dah setuju" Saya tak rasa terperanjat langsung dengan kenyataan tu. Sebab saya perasan sejak akhir2 ni pun abah sibuk nk cari jodoh utk  adik lelaki saya nan sorang nih. tapi bila abah kata " Abah dah bincang dengan Lut,Dia setuju.rasanya  akan buat dlm secepat yang mungkin a.k.a masa yang terdekat" Toink..Toink..Toink..Terbeliak bijik mata saya kejap.Xtaulah sebab saya kurang fokus atau saya salah dengar.Apa yang Abah nak buat dalam masa terdekat ni? Majlis Kawen or pergi hantar rombongan utk bertunang?
Yang pastinya saya xderla beri respond menentang or bersetuju.Bagi saya hal2 macam ni memang banyak pro and contranya. Saya tak pasti mcm mana perasaan adik saya bila dijodohkan dengan pilihan orang tua. Tapi kalau saya, maunya merajuk bertahun2 x balik umah.Mungkin adik saya jenis yang taat pada orang tua atau xsuka nk sakitkan hati orang tua atau xsampai hati atau memang dia redha sajalah.
Motifnya abah beriya-iya mencarikan jodoh adik saya,masih lagi kabur2 dalam kotak pemikiran saya.

1) Adakah sebab hendak memenuhi hajat MCA yang sekarang conditionnya kesihatannya agak x memberansangkan (takut2 xsempat nk memenuhi hajat) saya bukan mendoakan.cuma terfikir jek.

2) Atau sebab lepas kahwin nanti sekurang2nya Bakal isteri Adik saya nih boleh jaga Mak Mertua dia.Makan Minum Ubat segala hal kebajikan kira terjaga,al maklumlah,Abah dan MCA xpercaya pada org lain (ni bila dicadangkan ambil org gaji atau upah org buat kerja umah)--> takut harta hilang? atau takut nanti kena dera ngan org gaji?

3) Atau memang dah termaktub,dapat anak lelaki jodohnya biar Abah yang tentukan...huahahahaha..

Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....saya terfikir lagi, bahagia ke kalau cari jodoh macam nih? Saya tak dapat bayangkan kalau 4 tahun dulu tup-tup Abah bagitau, "Iza, Abah dah carikan jodoh untuk ko,anak si polan si polan cucu si polan..." Mau meraung saya 3hari 3 malam. Andai kata kalau x bahagia Orang Tua ke yang akan disalahkan?
"Itulah Abah,dulu paksa sangat orang kawin..."
" U tu pilihan Orang tua I,Bukan I nk sangat pun kawin dengan U"
"Ooo..U kawin dengan I sebab nak suruh I jaga Mak U?!! U memang xikhlas! dulu I ader Boyfriend..I kena putuskan hubungan sebab U bla...bla...bla..bli..blu..."

Hiapp!! biasa betul saya ni pikir yang bukan2..Suppose saya mendoakan yang terbaik untuk Adik saya.Ya, betul saya benar2 ikhlas. Saya berharap dia bahagia,jodoh yang ditentukan oleh Allah  dengan cara ini.
Semoga apa yang Abah buat ni takkan mendatangkan masalah pada masa akan datang. Semestinya Orang Tua lebih tau apa yang dia lakukan.
Andaikata  ada masalah yang timbul,hopefully Adik saya xkan menyalahkan Abah.FullStop.

BilaMamaMulaBicara:Jodoh Maut ditangan Tuhan.

Thursday, June 23, 2011

Giler! (ditujukan untuk saya tanpa niat menyinggung perasaan org lain) Sekian.

Tafsirkan maksud Gila untuk saya. Kerana bagi saya yang kepala Gila-Gila, benda yang hebat pon saya kata gila. "Gila ar... keta boss nih " " gila ah hubby aku nih bwk keta dr umah smpai PTP 5 minit jek" ha..gitu cth ayatnya.menunjukkan gila itu tidak saya gunakan untuk sifat yg tidak waras..tapi untuk sesuatu yang hebat. Gila x? Itu belum lagi masuk bab "Gila Kentang la ko ni.." or " ko memang giler!" (masih lagi dalam skop hebat)

Bila kategori marah,masih jugak gila jdk reference tp dlm makna yang tersirat "Ko meroyan aper?" walaupon gila ni biasanya menyerang ibu2 baru lepas bersalin..masih lagi saya guna pakaikan untuk mereka yang tiba menunjukkan sifat ketidakwarasan pada masa yg x sepatutnya.

Apahal la pulak hari ni saya bley nk 'Meroyan" dlm blog citer pasal gila x tentu hala nih?
sebab  itu memang sifat manusia.Manusia boleh mentafsir apa saja mengikut hati perasaan,mental fizikal.apa saja yang boleh ditafsir tanpa ragu-ragu.

Adakala orang tersalah anggap gurauan sebagai satu perkara yg serius--->terus nk marah gila babi
Adakala orang suka cakap macam dia good2 jek walhal xdelah good sangat ---> terus bley jdk malu gila
Adakala orang salah anggap kita ni mcam xsuka dia,walhal kita biasa2 jek dengan dunia kita --->terus jdk sombong gila
Adakala orang berterus terang dengan kita kerana niat yg baik,tp disalah tafsir nk mendengki--->giler apa?

So,adakah penilaian kita pada seseorang itu boleh diukur ikut takat apa sijil yg ada pada kita?  atau diukur mengikut mentaliti kita? atau mengikut perasaan? atau mengikut telunjuk orang lain?

Fikir2kan sebelum kita nak menilai seseorang.Fikirkan kita pun bukan perfect sangat nak hadap semua dan2 macam kita ni yang paling top and paling the va boom best la sangat. fikir2kan sebelum berkata2 kerna orang lain lebih tahu siapa kita. orang lain itu cermin pada diri kita. bila kita berkata sesuatu yang  bukan diri kita. cermin akan retak..cermin akan berbunyi.." Wei,ko ni sengal la!" Yang penting,jangan la nak berbual sangat kalau hakikatnya diri tu very the sawit!!!!!


 BilaMamaMulaBicara:Yeay! saya berjaya menggila dan meroyan di blog saya sendiri.Apa adahal! (sambil nyanyi lagu Lenka: Trouble is a Friend)

Tuesday, June 21, 2011

Hati rasa Sayu (Gediks...sungguh!)

Tak tau naper harini hati rasa sayu..
Hati sayu tgk Ilhan Nangis masa nak pergi kerja..cebik2 muka dia sampai keluar air mata.even dia kata "Eyan nk Papa!" instead of Mama..hati saya sayu sebab dah lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sgt dia xbuat kelaku macam nih...lebey2 lagi malam ni saya balik lewat due to ader dept function.

Tak tau naper harini hati rasa sayu..
Hati sayu bila dgr lagu Alyah Kisah Hati..xtau nk relatedkan dengan kisah hidup yang mana satu.Sebab macam byk jek kisah sedih dalam hidup yg saya simpan dalam kotak ,letak jauh2 dekat sudut memori.rasa mau buang tp sayang...rasa mau simpan tapi buat semak kotak permikiran saya

Tak tau naper harini hati rasa sayu..
Hati sayu tiba2 bila tgk blog ni dah lama x hupdate...banyak citer nk citer tapi xter taip,banyak kisah terjadi tapi x terisi kt ruang ni..

Kadang2 rasa banyak pilihan dalam hidup saya yang saya just leave it like that,saya rasa saya manusia yg suka buat keputusan berani tapi xsanggup menanggung risiko...but still i learn more and more 'bout life.

anyway..harini mmg rasa sayu kt sudut hati nih..rasa kalau ader yg buat lawak sinis lebey2 harini meraung kot aku....

I hate when I have this feeling..!