Monday, August 23, 2010

Mungkin Dia Bosan...

Salam...

Entry kali ni MI nak cerita pasal Ilhan buat perangai. Geram ada,nak ketawa pun ada.
Alkisahnya minggu lepas Mr Bear kejer malam and off day dia jatuh pada hari dan waktu saya bekerja. So pagi-pagi saya bangun pukul 5.00 7.00am. Kebetulan adik ipar MI pun kerja pagi so dengan niat yang suci lagi murni MI pun tumpang dia la kengkunun xnak mennyusahkan Mr.Bear bangun awal2 kendong anak antar umah MIL then send MI g kerja.MI biar jelah dia dok tido ngan Ilhan membuai mimpi...rasa macam nk nyelit2 jugak tido balik..Kerja ari Isnin sungguh membosankan..kan?
Balik jek dari kerja,

Mr Bear: Ilhan,papa bagitau mama eh...
Ilhan: (buat2 muka sedih dah..)
MI: Bagitau apa?
Mr Bear: Mama xpayah marah and pukul dia lagi..Papa dah puas marah dia tu..
MI: Bagitau ler..
Mr.Bear: Ilhan kan mama,tadi habis mainan and CD sumer dia buang ikut tingkap. Pen drive mama and papa pun dia buang.Papa jumpa pen drive papa,pen drive mama x jumpa.

Oh apa lagi,MI pun terus bulatkan mata dan pakat "bantai" dia (bantai: istilah pukul manjer sambil membuat suara umpama halilintar).Maka meraunglah si Ilhan bagai nak rak seolah2 MI dah libas dia dengan pukulan Raksasa Gunung Fuji..
Kisahnya,masa Mr BEar tengah sedap diulit mimpi,x sedar si Ultraman Kecik aka Ilhan ni dah bangun cari2 MI xjumpa. So dia main la ngan mainan dia.Then, Mr Bear sedar kejap tengok Ilhan ok,sambung tido balik. 2nd time bangun tengok pun tengah main lagi tapi kali ni bakul mainan dah tinggal skit jek mainannya..Hairan la jugak Mr Bear.Ingat dia pakat sorok bawah kerusi.So,terus dia ajak Ilhan mandi and hantar g umah MIL.
sampai kt bawah nak masuk kereta,baru perasan pelbagai jenis CD dan Mainan bertaburan kat bawah. Siap mainan dah pecah2 lagi..Mr.Bear tepuk dahi.Patutla mainan dah xder kat umah...rupanya si Ilhan dah buat experimen graviti! apa lagi terukla si Ilhan kena marah.
Then malam tu Mr.Bear kerja malam,dah xsenang duduk kt opis,asyik teringat kat Ilhan.Sebab dia dah kaw2 marah sama Ilhan..

Mr.Bear: Papa asyik teringat adik jelah mama
MI: padan muka marah xhingat lagi,kesian dia..
Mr.Bear: mungkin dia bosan...
MI: nak buat cam mana
Mr Bear: Kita buat la adik satu lagi buat dia
MI: (gelak2 manja...) kalau boleh bancuh tepung uli2 jadik baby,lama dah mama buat 5, 6 adik untuk Ilhan

Balik kerja pagi,Mr Bear belikan Mee untuk Ilhan,kunun2 nak pujuk balik anak...nasib dia dah lupa...
Bila pikir-pikir balik,buat pe la nak marah anak tu teruk-terukkan? Budak tengah nak belajar.Lagipun memang betul dia tengah bosan...kat umah tu bukan ader sapa lagi..nak bukak tv xreti lagi nak tekan suis..
MI kata Mr.Bear pun salah gak,kenapa first bangun x bukak tv untuk Ilhan? Time tido malam tu MI usap kepala Ilhan.Bergenang gak air mata sebab termarah dia. MI mintak maaf ngan dia.

MI tak faham macam mana sekarang ni boleh banyak Manusia yang berOtak xder otak pi buang anak merata-rata.Kalau hidup budak tu lain la citer,ni semua dah jadi Mayat. x trauma ker orang2 yang buat kejer ni ek? x terbayang ke kat kepala diaorang tu? kan itu darah daging dia sendiri..agak2 lau xmau tu xpayah lah gi main buang merata2 hantar la kat tempat yang betul..geram betul...!! MI doakan semoga diaorang ni kena siksa di dunia dan akhirat.Macam mana dia buat baby dia camtu berganda-ganda dia kena balik.
Nanti andai kata diaorg kawin dengan cara yang betul,dapat anak lagi..then dah tua nanti anak buang pulak diaorang kt tepi jalan,baru la dia tau camner rasanya kan?..itu pun kalau sempat idup lagi..kalau Tuhan bagi panah Petir sekali,terus xsempat nak bertaubat..?  ha..baru tau langit tu tinggi ke rendah..

Nak cakap lebih pun MI tau MI pun bukan la baik sangat tapi tau lagi bezakan mana yang baik mana yang betul..
So,kalau rasa2 ada yang tengah termengandungkan baby,rasa2 tengah plan nk campak baby tu kat mana2,or tengah plan belek2 tgk2 klinik mana nak buat abortion.Berhentilah sekejap.Ingat balasan tuhan tu bila2 aja.Bagi jelah Baby tu kat MI...serius..xtipu ni...

BilaMamaMulaBicara: geram tengok member2 yang ader anak pompuan....

Saturday, August 21, 2010

Kita Mudah Lupa....

Salam...
ari ni MI siap bangun pagi...coz Century buat program "Century& Onsys...BersamaMu..." Kalau tahun lepas kitaorg buat kat Batu Pahat,tahun ni Pontian jadi pilihan.Semua staff terlibat kecuali yang betul2 kena kerja. Group terbahagi pada 5 1 group dapat 12 buah rumah.Objektif,beri sumbangan berupa barang mentah macam minyak,beras,tepung dll serta duit saguhati..Group MI kena gi Mukim Sungai Karang. Tahun ni MI dapat rumah and orang2 yang boleh kategorikan masih lagi sempurna.Macam tahun lepas ada rumah yang suaminya lumpuh..Tahun ni kebanyakannya terdiri dari ibu dan bapa tunggal. Yang paling MI sedih and sebak bila tiba kat rumah terakhir.Rumah separuh roboh.Dinding tepinya dah senget.Dapur belakang jangan lah kira.Macam kayu2 runtuh.Macam manalah agaknya mereka nak sambut hari raya? bila ditanya pada tok penghulu,xder ke dapat bantuan buat rumah baru? oh..tengah dalam proses.. terfikir jugak MI, selama ni kenapa mereka x pernah terfikir nak hulurkan bantuan.Kenapa baru sekarang? MI pun rasa insaf sekejap. Kalau anak-anak kita sibuk mencari baju di butik2, macam mana dengan anak mereka? terfikir atau terlintaskah dihati mereka untuk merengek-rengek atau membentak-bentak mak bapak mereka untuk beli baju di butik2? kalau hari2 anak kita sibuk mintak beli makanan sedap2 pergi KFC,Mc D,Pizza Hut...setiap minggu..Berapa kerap pula mak bapak mereka bawa anak2nya ke tempat2 tu dalam masa setahun? Kita memang mudah lupa...tapi bila MI jadi Ibu,MI nak beri yang terbaik untuk Ilhan,tapi MI lupa sepatutnya yang terbaik dan termampu.
Insyallah...selagi MI termampu,Mi akan beri yang terbaik untuk anak2 MI.Balik je rumah,MI usap rambut Ilhan.Mi cium pipi dia.Alhamdulillah..MI bersyukur kerana dalam susah2 MI ada lagi yang lebih Susah,dalam senang2 MI ada lagi yang lebih senang..

BilaMamaMulaBicara: Maaf gambar xder nak upload..nanti MI upload kemudian.

Friday, August 20, 2010

Qada' & Qadar

Salam...lama jugak MI x memblogkan diri...bukan dah give up hoccay? tapi minggu nih MI agak sibuk and Semalam MI amik EL..due to..my stepmom was admitte dkt  hospital.Actually nya dah 3 hari dia berpenghuni kat HSA tapi MI dapat tau dari Abah MI 2nd Day dia kat situ..Kesian Abah,kereta and van rosak,so dia terpaksa naik motor jek gi Hospital..sebak plak MI rasa,Dah ler skarang hujan jek bila petang kat JB nih.So MI amik ler EL then temankan Abah amik Stepmom keluar dr Hospital..Doctor kata perut dia ader ulcer.Kesian pulak MI tengok keadaan dia. MAsa MI sampai2 jek,MI naik ngan Abah,Mr Bear round2 bawah cari parking.Almaklumlah..parking kt Hospital ni bukan saja untuk pelawat,malah untuk orang2 luar yang bekerja kt Singapore jugakkan? hantu btul...jenuh gak lau nak mencari parking.Tapi biarlah...Bukan MI yang bawak keter...hehehe.
Sampai je kat wad,MI and Abah tengok MakCik Arah (MCA) tengah makan tengahari,abah terus g kaunter jumpa doktor. MI tunggulah kat katil sambil tengok MCA makan.

MCA: Dah Makan?
MI: (erk..?) puasa arini..
MCA: Oh,lupa...puasa..

Masa dah kemas2 nak balik,MI tengok dia terkial2 mencari barang dalam beg (peristiwa ni berlaku masa abah turn bawah amik ubat).

MI: Cari apa?
MCA: Beg Duit,tadi letak kat dalam ni
MI:(sambil tolong2 cari) ni kat tepi ni ha..bawah tuala.
MCA: Haah...(sambil amik dan letak balik dalam beg zip depan. terkial2 lagi...)
then....
MCA: Mana ek tadi beg duit tu?
MI: (blur....bukan tadi dia letak tempat yang sama ker?) kat tempat tadi kat zip depan...
MCA: oh ye....

Tiba-tiba Mi rasa sebak. Walaupun hubungan MI dan MCA xla seberapa nak baik sangat,tapi bila lihat dia yang semakin dimamah usia,ditambah lagi menghidap sakit alzhemier (betul ker eja ni),ada rasa kesal disudut hati MI. Terus terlintas diminda MI,Maafkanlah dia...dia xseperti dulu...apa pun yang dah lepas MI sendiri xmau ungkitkan lagi.Andai ini Ramadhan yang terakhir untuknya,MI Maafkan segala-galanya!

Dan tanpa MI sedar, 5 Ramadhan yang lalu,genap 26 tahun arwah mak tinggalkan kami. Biarpun MI x berapa kenal siapa Mak MI,tapi MI tahu dia sentiasa sayangkan kami, Al-Fatihah buat Mak..semoga Mak berada ditempat yang mulia disana.

MI nak update pasal Ilhan..tapi nantilah...kisah geram campur kesian..nantilah yerk? bila btul2 free...

BilaMamaMulaBicara: Ilhan ajak kitaorg g taman main layang2..xpergi lagi..sian dier..xlayang2,dia ajak plak g main bowling..pening..pening...!!

Wednesday, August 11, 2010

2nd Ramadhan...

salam...

Semoga semua berpuasa dengan jayanya...Update semalam MI kena kerja jugak...buhsan sungguh...tapi MI balik cepat,xder la stay sampai 1 hari...
Pagi tadi dengan dukacitanya MI 1 family xbangun sahur..malam tu pas berbuka MI diserang cirit birit..xtau apa yang dah MI salah makan...MI syak MI makan taufu fa kot sebab MI sorang jek yang kena.seksa betul!
Semalam berbuka MI masak sambal udang and sayur petola jek..lain2 beli.konon2 nak berala kadar,rupa2nya macam2 makanan yg datang.Mak mertua MI bagi Nasi Lemak,Adik Ipar bawak murtabak..and last Mr Bear (MI xsempat nak berbuka sama2 dia due to dia balik umah kul 8 lbh sob..sob sedey btul!) bawak nasi ambang yang mana pagi tadi MI terpaksa buang semua makanan2 tu (kecuali nasi lemak and murtabak).Rasa kesal pun ader...membazir jek..So pengajarannya harini MI akan beli apa yang nk dimakan.Rasanya MI xmasak arini.Mr Bear pun shift balik kul 8..Mi akan masak ujung minggu jelah jawabnyer..
So,hari ni korang berbuka apa ek? Nasihat MI jgnlah beli banyak2 ikut nafsu mata tu...nanti kesudahannya makan tu semua ke tong sampah....huk..huk..huk..

BilaMamaMulaBicara: Tahun ni majlis berbuka company buat kat Thistle..hmmmmmm..

Monday, August 9, 2010

1st Ramadhan...

Salam...

Esok dah mula puasa..(hoooray!!) Setan semua kena ikat..nafsu pulak makin meningkat2...hehehe tgk makanan,tgk kuih tgk segala tgk...Esok juga public holiday (utk johor yek)..x bley nak hooray sebab shipment export import tetap berjalan mcm biasa.Singapore and Selangor tak holiday hoccay?? MI dah pening kepala..Nak dtg kija esok memang xmungkin..So, terpaksa la MI ot sampai mlm ari nih..Buhsan sungguh..(kantoi la ni x bley buat tarawikh...)
Teringat masa zaman kt UTM,buka puasa dgn kawan2. bila time kitaorg berduit lebey skit..makanan mulala mewah...fastfood la..bagai..cuba dah tiba ujung2 bulan..ujung2 semester...1 polisterine nasi 1+1 jenis lauk, makan 4 orang,percaya x? tak caya tanya Rumiey....bila dia termakan kapas yg disangka kelapa masa minum air kelapa tanya Yana...yang suka g PARAM taman u and UTM...tanya Donat...yang dah pandai makan goreng pisang cicah ngan sambal kicap...sampai sumer makanan pun dia dok bantai nk cicah...sebab MI and mereka jek yang lalui zaman tu...(sigh!!) itu antara kenangan yang MI rasa kalau boleh MI nak ulang zaman sama2 dengan diaorg...
Apapun Sempena bulan baik hari baik yang bakal menjelma ni,MI nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan yg Mulia, Mohon maaf andai banyak kesilapan yg telah MI lakukan pada semua.Sama ada MI sedar atau pun tidak..

BilaMamaMulaBicara: Lupa tanya...puasa lepas dah ganti blum?? huhuhuhu...

Sunday, August 8, 2010

Bila Anak Sudah Besar...

(MI suka katun ni..pocoyo..tapi ni versi Pocohan..hehehee)

"bila nak tambah lagi satu?" soalan biasa yang MI akan terima bila mereka melihat Ilhan.soklan luar biasa skit yang MI pernah dgr dr mulut Mr Bear.

Anak Jiran MIL: Mr Bear,bila nak tambah sorang lagi?
Mr Bear: tambah sorang lagi isteri ker?
Anak Jiran MIL: ish..ke situ pulak abang ni..tambah sorang lagi anaklah..yang hensem dah ada bila nak ada yang lawa pulak?
Mr Bear: ketawa besar...

Hamboi budak sekarang kalau bercakap,kemain lagi kan? ini sumer gara2 susu yang dah bermacam2 formula ni..DHA lah..AAA lah..mereka berkata2 macam sama level dengan kita..huhuu..tapi ini adalah perbualan yang benar bukan rekaan semata2.. Kadang2 MI cuma senyum jek.Sebab serius tak tahu nak jawab apa lagi...Bila MI tengok Ilhan MI sedar dia dah besar 2 and 1/2 year..sekejap jek kan? semakin besar Ilhan,Semakin petah dia berkata2..kadang2 seolah2 menguji kesabaran MI...antaranya:

MI: Ilhan nak baby x?
Ilhan: tak nak baby Ilhan.
MI: Ilhan sayang baby x?
Ilhan: sayang..
MI:Kalau sayang ilhan kena jadi abang..mama panggil ilhan abang ilhan eh?
Ilhan titak...HUargh!!!!!!!!!!!!!!(sambil menanigs meraung2 seolah2 perkataan "abang" tu dah hempap dia.


Ilhan: Mama,papa ane?
MI: Papa worklah..
Ilhan: titak..papa jalan baby...(sambil buat memek muka dgn saya)
MI: yelah2..papa jalan ngan baby..
Ilhan: titakkkkkkkkk..papa work...(sambil nangis guling)
MI: ????


Ilhan:Mama anyi agu tikle2 star..
MI: ok..twinkle..twinkle..little star..
Ilhan: eh...kukan mama...anyi bowong kakak tue..
MI: burung kakak tua..hinggap dijendela...
Ilhan: eh..eh..anyi papa pulang lah..
MI: aduh...ilhan nyanyi sendirilah...mama xtau...
Ilhan: (cebik2 muka..trus lari..) merajuk!!!
Mr Bear: hmm...sebijik...
MI: apa yang sebijik...
Mr Bear: Mcm awak....!!
MI: (sambil kecikkan mata ketap2 gigi..)

Memang kalau tengok perangai ilhan banyak yang mewarisi sifat MI..merajuk? MI akui itu sifat MI.Pemarah? juga sifat MI..kenapa itu yang diwarisi? sebab Tuhan nk tunjuk kan kat MI dan biar MI belajar bersabar...hahahaha..bila Mr Bear mula mengomel2 tentang keletah Ilhan, MI hanya boleh akui dan tak boleh membangkang..sebab itulah sifat MI yang diwarisinya..
Tapi yang tak bley blah bila MI marah Ilhan,segarang-garang MI pada Ilhan bila diaju soalan:

MI: Ilhan sayang mama x? (soklan yg biasa saya tanya lepas pujuk dia abis menangis sbb kena marah)
Ilhan: sayang...
Mr Bear: Ilhan sayang papa?
Ilhan: x nak sayang papa...sayang mama...
MI (senyum2 bangga)
Mr Bear: Lain kali jangan ikut papa jalan lagi...

apa pun,Ilhan tetap anak MI.Baik buruk perangai dia,MI tetap mama Ilhan.Untuk Mr Bear,banyak2 lah bersabar yek? walau macam mana pun MI tau awak pun sayang Ilhan sangat2 lebih dari awak sayang saya..tapi lebih skit jek tau? tau? tau?

Bila MamaIlhan Bicara: tadi saya call Ilhan dia tanya,mama unti umie ane? baru 2 hari rumiey tinggal dengan saya ilhan dah rindu sama dia...utk auntie Rumiey...jgan lupa datang jb jumpa Ilhan lagi...len kali bwk Uncle ninja skali kay??

1st Entry...

salam...

Rasa janggal pulak bila Mama Ilhan (MI) mula bicara menggunakan jari dan keyboard..
Memang MI suka menulis tapi sayangnya semua tu kadang-kadang hanya hangat dan membara masa mula-mula aje.Lepas tu bila dah mengadap kerja,terus padam dah bara tu..huhuhu
Anyway first entry,masih lagi "skema" ayat-ayatnya se skema tajuk yang dipilih.
2 Hari lepas, kawan lama MI datang setelah 6 Tahun dia x jejak kaki ke bumi Johor nih. (6 tahun..lau M.I ader anak masa dia xder tu, mesti dah skola skarang)...MI lihat dia bahagia,ada seri diwajahnya.Ada cahaya yg bersinar2 mcm baru pas cuci ngan sabun FAB...
"dia naik flight pukul 7.30 tadi..tapi delay sampai kul 10.30" antara ayat2 yg ada dlm intipati perbualan kami (selepas sesi salam2 peluk cium muah2...) wajahnya makin berseri kulit putih rona merah2 di pipi menunjukkan dia benar2 bahagia. MI pun dapat merasa aura itu..aura yang satu masa dulu pernah MI lalui..
Sungguh MI rasa gembira lihat dia sebahagia tu..Kisah cerita Cinta yg diceritakan cukup menunjukkan dia tabah dalam bercinta..semakin matang dan yang penting dia percaya itu Cinta Sejatinya.
Maybe cukup untuk MI berbicara buat first Entry ni..sebab member punya aura percintaan tu buat MI rasa makin sayang kt Mr Bear MI...('',)

Bila MamaIlhan Bicara: Untuk Rumiza Ahmad...saya sangat gembira lihat awak bahagia.Semoga jodoh awak dengan En Ninja awak tu berkekalan sampai akhir hayat.. Untuk En Ninja...terima kasih sebab buat kawan saya bahagia...!