Friday, August 20, 2010

Qada' & Qadar

Salam...lama jugak MI x memblogkan diri...bukan dah give up hoccay? tapi minggu nih MI agak sibuk and Semalam MI amik EL..due to..my stepmom was admitte dkt  hospital.Actually nya dah 3 hari dia berpenghuni kat HSA tapi MI dapat tau dari Abah MI 2nd Day dia kat situ..Kesian Abah,kereta and van rosak,so dia terpaksa naik motor jek gi Hospital..sebak plak MI rasa,Dah ler skarang hujan jek bila petang kat JB nih.So MI amik ler EL then temankan Abah amik Stepmom keluar dr Hospital..Doctor kata perut dia ader ulcer.Kesian pulak MI tengok keadaan dia. MAsa MI sampai2 jek,MI naik ngan Abah,Mr Bear round2 bawah cari parking.Almaklumlah..parking kt Hospital ni bukan saja untuk pelawat,malah untuk orang2 luar yang bekerja kt Singapore jugakkan? hantu btul...jenuh gak lau nak mencari parking.Tapi biarlah...Bukan MI yang bawak keter...hehehe.
Sampai je kat wad,MI and Abah tengok MakCik Arah (MCA) tengah makan tengahari,abah terus g kaunter jumpa doktor. MI tunggulah kat katil sambil tengok MCA makan.

MCA: Dah Makan?
MI: (erk..?) puasa arini..
MCA: Oh,lupa...puasa..

Masa dah kemas2 nak balik,MI tengok dia terkial2 mencari barang dalam beg (peristiwa ni berlaku masa abah turn bawah amik ubat).

MI: Cari apa?
MCA: Beg Duit,tadi letak kat dalam ni
MI:(sambil tolong2 cari) ni kat tepi ni ha..bawah tuala.
MCA: Haah...(sambil amik dan letak balik dalam beg zip depan. terkial2 lagi...)
then....
MCA: Mana ek tadi beg duit tu?
MI: (blur....bukan tadi dia letak tempat yang sama ker?) kat tempat tadi kat zip depan...
MCA: oh ye....

Tiba-tiba Mi rasa sebak. Walaupun hubungan MI dan MCA xla seberapa nak baik sangat,tapi bila lihat dia yang semakin dimamah usia,ditambah lagi menghidap sakit alzhemier (betul ker eja ni),ada rasa kesal disudut hati MI. Terus terlintas diminda MI,Maafkanlah dia...dia xseperti dulu...apa pun yang dah lepas MI sendiri xmau ungkitkan lagi.Andai ini Ramadhan yang terakhir untuknya,MI Maafkan segala-galanya!

Dan tanpa MI sedar, 5 Ramadhan yang lalu,genap 26 tahun arwah mak tinggalkan kami. Biarpun MI x berapa kenal siapa Mak MI,tapi MI tahu dia sentiasa sayangkan kami, Al-Fatihah buat Mak..semoga Mak berada ditempat yang mulia disana.

MI nak update pasal Ilhan..tapi nantilah...kisah geram campur kesian..nantilah yerk? bila btul2 free...

BilaMamaMulaBicara: Ilhan ajak kitaorg g taman main layang2..xpergi lagi..sian dier..xlayang2,dia ajak plak g main bowling..pening..pening...!!

3 comments:

  1. makcik ko sakit ek iza?teruk ke ?lama tk dgr khabar berita bapak n makcik ko..sampaikan salam aku ek pd derang.

    tkpe iza.brg yg lps,usah dikenang.kita doakan yg terbaik utk dia.

    ReplyDelete
  2. tulah donat..lau ko tgk dia skarang pon ko mesti x caya dia camtu...kurus giler...dok kat umah sorang2...rasa bersalah plak aku...

    ReplyDelete