Saturday, August 21, 2010

Kita Mudah Lupa....

Salam...
ari ni MI siap bangun pagi...coz Century buat program "Century& Onsys...BersamaMu..." Kalau tahun lepas kitaorg buat kat Batu Pahat,tahun ni Pontian jadi pilihan.Semua staff terlibat kecuali yang betul2 kena kerja. Group terbahagi pada 5 1 group dapat 12 buah rumah.Objektif,beri sumbangan berupa barang mentah macam minyak,beras,tepung dll serta duit saguhati..Group MI kena gi Mukim Sungai Karang. Tahun ni MI dapat rumah and orang2 yang boleh kategorikan masih lagi sempurna.Macam tahun lepas ada rumah yang suaminya lumpuh..Tahun ni kebanyakannya terdiri dari ibu dan bapa tunggal. Yang paling MI sedih and sebak bila tiba kat rumah terakhir.Rumah separuh roboh.Dinding tepinya dah senget.Dapur belakang jangan lah kira.Macam kayu2 runtuh.Macam manalah agaknya mereka nak sambut hari raya? bila ditanya pada tok penghulu,xder ke dapat bantuan buat rumah baru? oh..tengah dalam proses.. terfikir jugak MI, selama ni kenapa mereka x pernah terfikir nak hulurkan bantuan.Kenapa baru sekarang? MI pun rasa insaf sekejap. Kalau anak-anak kita sibuk mencari baju di butik2, macam mana dengan anak mereka? terfikir atau terlintaskah dihati mereka untuk merengek-rengek atau membentak-bentak mak bapak mereka untuk beli baju di butik2? kalau hari2 anak kita sibuk mintak beli makanan sedap2 pergi KFC,Mc D,Pizza Hut...setiap minggu..Berapa kerap pula mak bapak mereka bawa anak2nya ke tempat2 tu dalam masa setahun? Kita memang mudah lupa...tapi bila MI jadi Ibu,MI nak beri yang terbaik untuk Ilhan,tapi MI lupa sepatutnya yang terbaik dan termampu.
Insyallah...selagi MI termampu,Mi akan beri yang terbaik untuk anak2 MI.Balik je rumah,MI usap rambut Ilhan.Mi cium pipi dia.Alhamdulillah..MI bersyukur kerana dalam susah2 MI ada lagi yang lebih Susah,dalam senang2 MI ada lagi yang lebih senang..

BilaMamaMulaBicara: Maaf gambar xder nak upload..nanti MI upload kemudian.

No comments:

Post a Comment