Monday, August 23, 2010

Mungkin Dia Bosan...

Salam...

Entry kali ni MI nak cerita pasal Ilhan buat perangai. Geram ada,nak ketawa pun ada.
Alkisahnya minggu lepas Mr Bear kejer malam and off day dia jatuh pada hari dan waktu saya bekerja. So pagi-pagi saya bangun pukul 5.00 7.00am. Kebetulan adik ipar MI pun kerja pagi so dengan niat yang suci lagi murni MI pun tumpang dia la kengkunun xnak mennyusahkan Mr.Bear bangun awal2 kendong anak antar umah MIL then send MI g kerja.MI biar jelah dia dok tido ngan Ilhan membuai mimpi...rasa macam nk nyelit2 jugak tido balik..Kerja ari Isnin sungguh membosankan..kan?
Balik jek dari kerja,

Mr Bear: Ilhan,papa bagitau mama eh...
Ilhan: (buat2 muka sedih dah..)
MI: Bagitau apa?
Mr Bear: Mama xpayah marah and pukul dia lagi..Papa dah puas marah dia tu..
MI: Bagitau ler..
Mr.Bear: Ilhan kan mama,tadi habis mainan and CD sumer dia buang ikut tingkap. Pen drive mama and papa pun dia buang.Papa jumpa pen drive papa,pen drive mama x jumpa.

Oh apa lagi,MI pun terus bulatkan mata dan pakat "bantai" dia (bantai: istilah pukul manjer sambil membuat suara umpama halilintar).Maka meraunglah si Ilhan bagai nak rak seolah2 MI dah libas dia dengan pukulan Raksasa Gunung Fuji..
Kisahnya,masa Mr BEar tengah sedap diulit mimpi,x sedar si Ultraman Kecik aka Ilhan ni dah bangun cari2 MI xjumpa. So dia main la ngan mainan dia.Then, Mr Bear sedar kejap tengok Ilhan ok,sambung tido balik. 2nd time bangun tengok pun tengah main lagi tapi kali ni bakul mainan dah tinggal skit jek mainannya..Hairan la jugak Mr Bear.Ingat dia pakat sorok bawah kerusi.So,terus dia ajak Ilhan mandi and hantar g umah MIL.
sampai kt bawah nak masuk kereta,baru perasan pelbagai jenis CD dan Mainan bertaburan kat bawah. Siap mainan dah pecah2 lagi..Mr.Bear tepuk dahi.Patutla mainan dah xder kat umah...rupanya si Ilhan dah buat experimen graviti! apa lagi terukla si Ilhan kena marah.
Then malam tu Mr.Bear kerja malam,dah xsenang duduk kt opis,asyik teringat kat Ilhan.Sebab dia dah kaw2 marah sama Ilhan..

Mr.Bear: Papa asyik teringat adik jelah mama
MI: padan muka marah xhingat lagi,kesian dia..
Mr.Bear: mungkin dia bosan...
MI: nak buat cam mana
Mr Bear: Kita buat la adik satu lagi buat dia
MI: (gelak2 manja...) kalau boleh bancuh tepung uli2 jadik baby,lama dah mama buat 5, 6 adik untuk Ilhan

Balik kerja pagi,Mr Bear belikan Mee untuk Ilhan,kunun2 nak pujuk balik anak...nasib dia dah lupa...
Bila pikir-pikir balik,buat pe la nak marah anak tu teruk-terukkan? Budak tengah nak belajar.Lagipun memang betul dia tengah bosan...kat umah tu bukan ader sapa lagi..nak bukak tv xreti lagi nak tekan suis..
MI kata Mr.Bear pun salah gak,kenapa first bangun x bukak tv untuk Ilhan? Time tido malam tu MI usap kepala Ilhan.Bergenang gak air mata sebab termarah dia. MI mintak maaf ngan dia.

MI tak faham macam mana sekarang ni boleh banyak Manusia yang berOtak xder otak pi buang anak merata-rata.Kalau hidup budak tu lain la citer,ni semua dah jadi Mayat. x trauma ker orang2 yang buat kejer ni ek? x terbayang ke kat kepala diaorang tu? kan itu darah daging dia sendiri..agak2 lau xmau tu xpayah lah gi main buang merata2 hantar la kat tempat yang betul..geram betul...!! MI doakan semoga diaorang ni kena siksa di dunia dan akhirat.Macam mana dia buat baby dia camtu berganda-ganda dia kena balik.
Nanti andai kata diaorg kawin dengan cara yang betul,dapat anak lagi..then dah tua nanti anak buang pulak diaorang kt tepi jalan,baru la dia tau camner rasanya kan?..itu pun kalau sempat idup lagi..kalau Tuhan bagi panah Petir sekali,terus xsempat nak bertaubat..?  ha..baru tau langit tu tinggi ke rendah..

Nak cakap lebih pun MI tau MI pun bukan la baik sangat tapi tau lagi bezakan mana yang baik mana yang betul..
So,kalau rasa2 ada yang tengah termengandungkan baby,rasa2 tengah plan nk campak baby tu kat mana2,or tengah plan belek2 tgk2 klinik mana nak buat abortion.Berhentilah sekejap.Ingat balasan tuhan tu bila2 aja.Bagi jelah Baby tu kat MI...serius..xtipu ni...

BilaMamaMulaBicara: geram tengok member2 yang ader anak pompuan....

2 comments:

  1. iza,org laki kalau jaga anak mmg cenggitu..habis bersepah rumah.tak pn suma barang tunggang langgang. ahaha.aku ahad keje,ateng cuti.tp aku tak tngglkan anak2 kat dia.takut kang,aku balik rumah..nak pijak lantai pun tk bley..penuh barang.hehe

    ReplyDelete
  2. mmg betui..kalu dah marahkan anak ..kiter luper yg mereka tu cumer "anak2 kecil" yg x tahu aper yg mereka lakukan ..betul ker salah ker.??.
    Yg bebal adalah kite sebagai ibubapa yg kener rasuk dek amarah maka x kenal erti " budak kecik" yg sedang menguji kewarasan mama dan papa dia..uuu

    ReplyDelete